Monday, January 31, 2011

T.A.Terfikir?? Perkembangan terbaru keadaan di Mesir


Penulis terbaca mengenai keadaan ini setelah membaca di oh media. thanks khai. Disini beberapa rujukan untuk pembaca rujuk mengenai perkembangan terbaru.



Diharapkan semua rakyat Malaysia yang berada disana selamat pulang ke Tanah Air.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Banjir di Johor

800px-Banjir21dec5-1-.30pm_055

Penulis mula terfikir untuk menulis entry ini bila sudah dua hari hujan mencurah-curah di kawasan penulis. Memang adat manusia orang bagi betis nak paha, bila hujan terkenang-kenang musim panas. Bila dah panas terfikir-fikir pula hendak hujan.

Mengikut sejarah,  selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.

Selepas air mulai surut, banjir kedua berlaku ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.

Selain hujan ada juga beberapa negeri yang tidak hujan tetapi air semakin naik dan menyebabkan banjir. Ini mungkin terjadi disebabkan hujan lebab di kawasan lebih tinggi dan air hujan ini akan turun ke kawasan yang lebih rendah. Faktor lain adalah disebabkan proses pelepasan air di empangan terdekat, proses ini penting bagi mengelakkan empangan daripada pecah dan akan lebih memburukkan keadaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 30, 2011

T.A.Terfikir?? kenapa dalam lif tiada signal telefon..

machine-room-less-home-lift_3

Diharapkan pembaca sekalian faham dengan maksud entry penulis kali ini. Apa yang penulis ingin pembaca berfikir mengenai liputan siaran telefon ketika berada dalam lif. Mengapa ya boleh terjadi hal sedemikian sedangkan kita semakin tinggi ketika menaiki lif tersebut. pembaca masih ingat beberapa kejadian suatu ketika dahulu dimana pengguna lif terkurung dalam lif dan tidak boleh membuat sebarang panggilan bagi meminta bantuan. Perkara begini bukan memilih mangsa sebagai contoh orang nombor satu negara sendiri pernah terperangkap dalam lif tetapi tidaklah sampai berjam-jam lamanya.

Pernah dengan perkataan shielding atau perisai dalam bahasa melayu. jika kita lihat dari segi perkataan perisai mestilah ia diperbuat daripada bahan yang kuat atau kukuh. Bagi gelombang siaran telefon perisai nya ialah besi. Lebih kuat lagi tahap perisai ini jika besi tersebut dibumikan. ini menjawab kenapa kita tidak mendapat siaran telefon ketika berada dalam lif. Lif yang kita naik itu diperbuat daripada besi.

Walau bagaimanapun shielding ini bukanlah sesuatu yang buruk ada beberapa contoh yang membawa kebaikan kepada shielding. sebagai contoh jika anda berada di bawah kabel voltan tinggi anda akan lihat jaring besi yang dipasang. Jaring itulah berfungsi sebagai perisai.

images (1)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 27, 2011

T.A. Terfikir?? Cara menjaga kesihatan menurut Agama Islam..

index

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan. cara menjaga kesihatan boleh dilihat dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran. sainstis barat berlumba-lumba mengkaji tentang amalan yang dianjurkan di dalam Al-Quran. Masih tidakkah anda terfikir?? diantara tips penjagaan adalah :-


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.


4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 23, 2011

T.A.Terfikir?? Tubuh anda dijadikan sebagai antenna ketika mendengar radio di telefon..

 
samsung-nexus-xm-satellite-radio
Terfikirkah anda?? Hampir semua telefon sekarang mempunyai aplikasi radio..Seperti yang kita semua tahu untuk mendengar radio di telefon canggih anda itu ia memerlukan anda memasang headphone..apa tujuan headphone tersebut??..headphone digunakan untuk menerima signal manakala headphone itu juga akan diletakkan di telinga anda..secara tidak langsung ini akan menjadikan diri anda sama seperti antenna yang menerima siaran radio terbabit..apa kesan daripada senario ini??..tiada kajian dibuat bagi menjelaskan perkara ini tetapi pakar elektromagnetik sendiri mengelakkan dari menggunakan radio menggunakan headphone..
Dengan mendengar radio mungkin juga memberi kesan kepada organ dalaman telinga yang sensitif kepada getaran seperti yang kita tahu telinga berfungsi dengan menyerap getaran yang dihasilkan oleh bunyi. Bagaimana pula jika getaran itu bukan daripada bunyi,  tetapi hasil daripada antenna yang diterima melalui earphone yang kita pakai.
Penulis sendiri tidak pasti akan perkara ini tetapi tidak salah kalau kita tidak mendengar radio bagi mengelakkan kesan buruknya atau kita juga boleh membeli telefon yang tidak memerlukan headphone sebagai antenna seperti yang terdapat di pasaran sekarang..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Berapakah jumlah arus boleh meragut Nyawa anda..

imagesPernahkah pembaca terkena renjatan elektrik?? T.A.Terfikir?? Berapakah jumlah arus boleh meragut Nyawa anda.. Pernahkah anda terfikir berkenaannya. Berkenaan jumlah arus yang membolehkan nyawa anda melayang. Walaupun jawapan nya mungkin sedikit nilainya tetapi ia merupakan hakikat sebenarnya. Sebelum penulis menceritakan jumlahnya. Penulis ingin bercerita mengenai unit pengukuran bagi arus. Seperti yang pembaca telah tahu, arus disukat dengan menggunakan unit Ampere. Mengambil sempena nama datuk Andre-Marie Ampere(1775-1836) mungkin lebih tua dari datuk-datuk pembaca sekalian.

Jumlah arus yang akan membolehkan nyawa kita semua melayang ialah sebanyak 0.05 ampere sahaja. Pembaca sekalian boleh bayangkan jika tidak mengamalkan kaedah yang betul bila berhadapan dengan barangan elektrik. Nyawa mungkin jadi taruhan, walaubagaimanapun arus tidak terlalu kejam jika dibandingkan kegunaannya sehari-hari. Apa yang perlu dilakukan cuba memahami sifat semulajadi arus. sebagai contoh pastikan tangan anda kering untuk membuka suis lampu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 17, 2011

T.A.Terfikir?? Kenapa Sejarah Dunia tidak sama dengan sejarah Islam bahagian ke-2..

Untuk menjawab persoalan pada bahagian pertama penulis mempersembahkan tayangan video untuk menjelaskan lagi kenapa perkara sedemikian berlaku..mungkin video ini pembaca budiman sekalian telah menonton penulis mengalu-alukan untuk menontonnya untuk keberapa kali lagi..saksikan..


Disini juga terlebih dahulu penulis ingin meminta kebenaran daripada pembuat video ini penulis hanya memuat turun vidoe ini daripada rangkain sosial popular iaitu facebook. bukan niat penulis untuk menciplak tetapi hanya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian dan sekaligus untuk mengajak pembaca untuk berfikir kebenarannya ..

kredit;-
http://www.facebook.com/video/video.php?v=115831978483943&oid=134586516594564&comments&ref=mf
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 15, 2011

T.A.Terfikir?? Kenapa sejarah dunia tidak sama dengan sejarah islam..

Kenapa?? Tidakkah anda terfikir??..sengaja penulis meletak gambar buku teks sejarah sebagai permulaan untuk mengajak pembaca berfikir..tidak bermaksud penulis untuk memberatkan pemikiran pembaca semua dengan soalan-soalan yang berat-berat..Hanya kenapa??..di sini juga penulis tidak ingin mengeluarkan apa yang penulis fikir dahulu..jom kita fikir sama-sama dahulu..fikirlaahh..
bagi menjawab persoalan diatan sila rujuk disini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Bahaya Memandu ketika Hujan


Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan kepada sistem penyejukkan enjin, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas dan permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi. kajian menunjukkan peratus cengkaman tayar menurun sebanyak 40%.


perkara penting yang perlu dititik berat ketika hujan;-

1. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan


2. Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik


3.Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan
bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat
tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air


4. Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik


5. Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya.Amat penting kerana punca utama terjadinya kemalangan.


6. Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

7.Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar


8. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan
tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan
percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan


9. Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin
dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang
motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan


10. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana
sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang
basah.

11.kepada penunggang motosikal pastikan anda tidak menggunakan brek belakang kerana ini akan mengakibatkan motor anda meluncur.

kredit

http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 14, 2011

T.A.Terfikir?? Kebaikan dan keburukan teknologi..

 

images

Pernahkah anda menonton cerita kartun wall-e?..apa yang menarik berkenaan cerita kartun ini ialah cerita ini membawa mesej berkenaan kebaikan dan keburukan teknologi. mesej yang ingin disampaikan dengan membawa penonton melihat apa akan terjadi pada masa hadapan..setiap benda dalam hidup ini tidak ada yang sempurna mahupun diri kita sendiri, disebabkan itu juga kita dicipta berpasangan bagi memperlengkapkan diantara satu sama lain..

Berbalik kepada tajuk asal(setelah merapu satu perengan) apa kebaikan dan  keburukan teknologi?? Tidakkah anda terfikir??..bagi pendapat penulis teknologi itu ibarat kain yang putih kitalah yang mencoroknya..tetapi anda jangan tertinggal dengan teknologi kerana kebaikannya..namun begitu jangan pula anda terlalai denganya hingga menjadi keburukan pula..

Apa ye kebaikan teknologi..anda jangan lupa anda dapat membaca blog ini dan menulis blog anda disebabkan teknologi..kalau anda menulis yang baik itu salah satu kebaikan teknologi manakala penulisan blog anda untuk mengata orang itu merupakan keburukan..banyak lagi anda boleh fikir..teruskan berfikir..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 4, 2011

T.A.Terfikir?? Telefon awam makin berkurang..


Masihkah pembaca sekalin masih ingat apa objek diatas ini...hehe..sebenarnya agak keterlaluan jika soalan sedemikian yang ditanya. Soalan sepatutnya berbunyi tidakkah anda terfikir bila kali terakhir anda menggunakan telefon awam??

Kenapa jumlahnya makin berkurang sekarang yea? ayuh kita sama-sama fikir..penulis pun tengah mengkaji mengapa kejadian ini berlaku?? bahaya juga fenomena ini tahap bahaya ini juga meyebabkan  anak cucu kita  tidak tahu apa itu telefon awam atau mereka akan gelak jika suatu hari nanti kita menceritakan kewujudan TELEFON AWAM yang berbentuk segi empat di tepi-tepi jalan.Kalau dahulu hampir 10km diselangi oleh telefon awam. Pernah dahulu penulis berbaris panjang untk menggunakan telefon awam ini.

Menjawab persoalan kenapa telefon awam semakin berkurang, apa yang penulis nampak salah satu sebab kerana permintaan pengguna berkurang. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang menggunakan telefon bimbit sebagai media komunikasi disebabkan telefon bimbit sekarang tak lah semahal pada zaman dahulu. zaman 10tahun lepas.oleh yang dimikian telefon awam semakin berkurang mungkin juga penggunaan telefon bimbit lebih efiktif.

Pada waktu dahulu juga banyak kita dengari berkenaan isu vandalisme terhadap telefon awam dan seperti yang kita maklum proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi. dimana kos yang tinggi sehingga mengatasi kos perolehan.

Tetapi dengan menggunakan telefon bimbit kita menghadapi masalah berkenaan bateri pula. lebih-lebih lagi semasa merantau jauh. jika kehabisan kredit kita boleh menambah dikedai-kedai yang menjual tetapi jika kehabisan bateri kita memerlukan tempat mengecas jadi sebagai alternatifnya kkita memerlukan telefon awam. 

Berkenaan isu ini ada baik buruknya. sebagai penghuni alaf baru kita perlulah menyesuaikan diri walau apapun keadaannya nanti..jom fikir..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 2, 2011

T.A.Terfikir?? Kenapa perlu baca bibliografi tokoh-tokoh hebat?

images

Sebelum penulis mengajak pembaca berfikir, terlebih dahulu ingin penulis bertanya kepada pembaca dengan sedikit persoalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing..pertama berapa banyak yang pembaca tahu mengenai tokoh-tokoh hebat Negara seperti Tun Mahathir (pemimpin) dan Tan sri Lim Goh tong(perniagaan)..bagaimana pembaca ingin mengenali tokoh-tokoh ini??..secara tidak sengaja terjawab sudah mengapa pentingnya bibliografi..selain daripada tokoh dalam negara banyak lagi tokoh-tokoh hebat di luar negara dalam semua bidang yang boleh dibaca dan diambil iktibar..pengalaman hidup mereka juga boleh dijadikan azam atau motivasi kepada pembaca..

Namun sebagai penganut Agama Islam (dituju kepada muslim) kita hendaklah menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai rujukan dan idola kita..kita boleh juga membaca dan mengambil iktibar daripada hidup Nabi..bukan boleh tetapi kita mesti mengikut sunnah Rasullah.

Selain sebab diatas menjadi sebab kedua mengapa kita perlu baca bibliografi ialah kita dapat menyimpul dan menjimatkan masa untuk mengambil nilai murni setiap individu terbabit sebagai contoh kita ambil tokoh perniagaan terkenal iaitu Tan sri Lim Goh Tong.rujuk Disini..paling lama untuk mengahabiskan bacaan tersebut mungkin sebulan tetapi dengan sebulan itu kita telah menjimatkan masa selama 50 tahun!.

Sebab ketiga ialah kita dapat membuat diri kita hidup lebih panjang. Disini bukan bermaksud memanjangkan usia. Dengan membaca pengalaman hidup seseorang tokoh yang telah hidup selama 50 tahun, Secara kebetulan kita mengikuti kehidupan beliau selama 50 tahun dengan hanya membaca bibliografi tersebut. . Membaca dan fikirlah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Telefon boleh tukarkan jagung kepada popcorn..

video

Pembaca dah tengok video diatas? anda kena tonton dulu untuk mengetahui kebenaran entry yang nak ditulis ini dan setelah pembaca menonton video ini perkara yang tertanya-tanya atau perkara yang membuat anda terfikir-fikir pula;-

  • betul ke video ni?..kalau anda tidak percaya anda boleh cuba untuk membuktikan kesahihannya.
  • tidak bahaya ke telefon bimbit aku ni..kan naya telinga aku ni..jangan risau selagi anda tidak bergayut berhari-hari anda masih selamat dan anda perlu menjawab panggilan dengan klik disini
Penulis tidak behasrat nak tulis panjang-panjang. diharapkan info yang dikongsi bermanfaat untuk pembaca semua..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...