Friday, August 20, 2010

T.A.Terfikir??Perjalanan Hidup Tan Sri Lim Goh Tong

Mengapa Tan Sri Lim Goh Tong menjadi salah satu tajuk post aku?, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang tokoh usahawan yang hebat..bermula dengan hanya beberapa ringgit berubah menjadi seorang hartawan..Saham genting jika dilihat tidak pernah merundum jatuh..dan mampu menjana ekonomi negara (dipandang dari sudut positif) Dipetik dari biografi beliau..

Sejarah beliau:-

  1. Menjual biji benih sayur berumur 24 tahun
  2. Menjual besi sekerap berumur 27 tahun
  3. Menjalankan perniagaan sewa jentera berat terpakai berumur 33 tahun
  4. Menceburi perlombongan bijih besi berumur 35 tahun
  5. Menceburi perlombongan bijih timah
  6. Kontraktor berumur 36 tahun
  7. Menubuhkan southern bank
  8. Genting berumur 50 tahun
  9. Menceburi bidang pelayaran mewah berumur 75 tahun.

Fakta dan pengangan beliau;-

  1. Mulakan langkah demi langkah, perlahan tetapi tetap..jangan berhenti melangkah..
  2. Jangan korbankan mutu dan kualiti untuk cepat..
  3. Rajin dan tekun..
  4. Bila mulakan sesuatu kerja jangan putus asa, jangan buat separuh jalan atau jangan berubah kepada kerja lain pula..
  5. kekayaan sederhana datang dari sikap berjimat cermat, manakala kekayaan besar adalah kehendak tuhan..
  6. datang awal 10 minit bila ada temujanji..
  7. tegas bila membuat keputusan dan bersedia dengan langkah-langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan.
  8. tiada dapat dicapai tanpa usaha.
  9. pengalaman dan akal fikiran sangat penting.
  10. ejek ketawa dijadikan semangat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir??..Nilai Gamat Dari Segi Perubatan

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.

Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut atau lebih dikenali dengan gamat oleh penduduk Malaysia. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.

Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.

Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.

Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).

Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.

Kandungan asid lemak mustahak seperti
EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.

Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.

Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).

Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.

Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan

  • untuk meningakatan kesihatan badan,
  • mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
  • mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
  • menghindari masaalah alahan dan lelah,
  • melawan radang dan meredakan bengkak,
  • melancarkan pengaliran darah,
  • memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
  • masaalah resdung, buasir dalam dan luar,
  • mencantikkan kulit dan awet muda,
  • meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah keletihan,
  • menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan tenaga batin,
  • melegakan migrain
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 8, 2010

T. A.Terfikir?? Kehebatan Teknologi Islam (Pedang Nano Salahuddin Al-Ayyubi)



Sejauh mana kita semua mengenali sudut hidup pahlawan Islam terunggul lewat peperangan salib, Salahuddin Al-Ayyubi? Beliau sangat terkenal sebagai sosok kukuh yang berjaya menghantar rasa gerun dan hormat kepada tentera-tentera musuh. Lebih manis lagi, peribadi inilah yang telah memimpin pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam daripada cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya.

Keistimewaan Salahuddin Al-Ayubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler and kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman apabila mereka menemui TIUB KARBON NANO (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan salib. Carbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa; SANGAT TAJAM tetapi MUDAH LENTUR. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada tahun 2006:

http://www.nature.com/nature/journal/v444/n7117/abs/444286a.html

(nota: perlu langganan pembaca) atau sila rujuk ulasan yang berkaitan oleh Royal Society of Chemistry, UK di:

http://www.rsc.org/chemistryworld/News/2006/November/15110602.asp.

Kunci kepada teknologi nano pedang mujahidin Islam ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon (carbon) yang memberikannya sifat rapuh (brittle). Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi, sekitar 800°C, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan: TAJAM lagi LENTUR. Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap menginjak kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi.

Penempa-penempa pedang ini, biaroun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden: 1) Campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan 2) Teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan produk.

Tentera-tentera salib terkedu saat-saat “perkenalan” mereka dengan pedang nano pejuang Islam! Pedang nano Salahuddin Al-Ayyubi yang berwarna kebiru-biruan dengan larik-larik mengufuk di sepanjang bilahnya telah “mengajar” pedang lebar Inggeris kepunyaan Raja Richard I (kepala tentera salib) akan erti kehebatan teknologi Islam pada zaman itu seperti yang dihikayatkan oleh Sir Walter Scott di dalam bukunya “The Talisman”. Perumpamaan yang dilontarkan ialah pedang Salahuddin ini mampu membelah dua kain sutera di udara begitu sahaja manakala jika ia ditetakkan kepada batu pejal, magnitud ketajamannya sama sekali tidak terjejas!

Masih tercari-cari model untuk berjaya dalam hidup? Teladanilah kualiti Salahuddin Al-Ayyubi. Pahlawan agama ini malah seorang ilmuwan dan ahli ibadat; sangat menjaga solat berjemaah, gemar mendengar hadis Rasulullah SAW, hidup zuhud, pemurah dan ceria tetapi gagah berani di medan perang. Riwayat-riwayat mengenai Salahuddin Al-Ayyubi boleh dikutip, di antaranya menerusi buku Al-Bidayah wa Al-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir dan Siyar A’lam Al-Nubala’ karya Imam Al-Zahabi. Sungguh! Pedang nano hanyalah sebilah besi biasa dan tidak bermakna melainkan ia berada di tangan hamba Allah yang berkualiti seperti Salahuddin Al-Ayyubi!

kredit to:
Ahmad Faiz bin Abdul Latip
Kajang

Sila lihat peribadi Salahuddin dengan lebih dekat di:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_al-Ayyubi


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 2, 2010

T.A.Terfikir?? Keistimewaan Jeli Kelapa To' Wan (jelly kelapa)


BERMACAM-MACAM jenis pekerjaan pernah dilakukan oleh Wan Yahya Wan Abdullah, 46, sebelum beliau terlibat secara serius dalam perniagaan jeli kelapa. Beliau yang berasal dari Kelantan pernah bekerja di kedai runcit selama sepuluh tahun, menjadi jurujual dan juga berkhidmat bersama syarikat Pernas Edar.

Walau apa pun kerja yang dilakukan, baginya keikhlasan merupakan elemen paling penting agar rezeki yang halal dapat diperolehi bagi menyara diri dan keluarga.

Mengakui gaji yang diperoleh ketika melakukan kerja-kerja tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga, Wan Yahya mula memikirkan cara bagaimana untuk menambah pendapatan agar taraf hidupnya meningkat ke tahap yang lebih baik.

Idea menghasilkan jeli kelapa sebenarnya tercetus pada tahun 2004 setelah beliau mendapati terdapat banyak pokok kelapa terbiar di sekitar taman perumahannya di Gua Musang, Kelantan.

Beliau mengambil peluang menggunakan kelapa-kelapa itu untuk menghasilkan jeli kelapa dan dijual di pasar yang berhampiran.

Pada peringkat awal, hasil jualannya telah menyumbang pendapatan sebanyak RM60 sebulan.

Selepas beberapa bulan berniaga, beliau mendapati produk tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Akhirnya, pada awal tahun lepas, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Rawang, Selangor bagi mengkomersialkan perniagaannya dengan lebih serius.

Bermodalkan RM250, Wan Yahya telah membeli segala peralatan seperti membeli bekas penyejuk, membuat banner, pelekat dan juga mendaftarkan syarikat di bawah penjenamaan Jeli Kelapa To' Wan.

''Selama enam bulan saya perlu berjimat cermat kerana keuntungan yang diperoleh perlu digunakan untuk pusingan modal perniagaan ini.

''Selain itu, saya juga perlu membayar sewa dua buah rumah sebanyak RM150 sebulan yang digunakan sebagai tempat operasi penyediaan jeli kelapa,'' katanya ketika di temui di rumah tersebut di Bukit Beruntung, Selangor baru-baru ini.

Pada peringkat awal, beliau memasarkan jeli kelapa di sekitar Pasar Taman Sentosa dan juga Damansara.

Beliau turut mendapat tempahan daripada sekolah-sekolah dan juga restoran-restoran di sekitar kawasan perumahannya selain membekalkannya kepada Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Untuk memenuhi permintaan tersebut, Wan Yahya dibantu oleh dua orang rakannya bagi kerja-kerja mengupas, memasak, memasukkan ke dalam bekas, menghantar kepada pelanggan serta menjual di pasar.

Secara purata, beliau menghasilkan sebanyak 600 hingga 700 gelas jeli kelapa sehari yang dijual dengan harga RM1 untuk gelas besar dan 60 sen untuk gelas kecil.

Untuk pasaran di koperasi sekolah-sekolah pula, beliau menjualnya dengan harga 80 sen segelas dengan penghasilan sebanyak 200 gelas sehari.

''Selain itu, kita juga ada menerima tempahan membekalkan jeli kelapa untuk majlis perkahwinan serta kenduri dengan harga 30 sen satu gelas.

''Biasanya, pesanan akan meningkat ketika bulan puasa dan juga hari raya di mana lebih kurang 1,500 gelas sehari akan dihasilkan sehari,'' kata ayah kepada empat orang anak ini.

Dari segi bekalan kelapa, Wan Yahya memperolehinya daripada dua orang pengusaha ladang kelapa yang terletak berhampiran rumahnya dengan harga RM1.30 sebiji.

Untuk memastikan kelapa yang berkualiti digunakan untuk membuat jeli berkenaan, stok kelapa akan di simpan untuk jangka masa dua hingga tiga hari sahaja.

Bagi mengekalkan keenakan dan keaslian rasa jeli kelapa, Wan Yahya mempunyai petua serta resipinya tersendiri.

Ketika menyediakan jeli tersebut, beliau akan memasak dengan sukatan satu tong penuh air kelapa yang di campur dengan setengah tong air masak, agar-agar, gula mengikut rasa, sedikit garam serta di kacau bersama daun pandan.

Jeli yang siap di masak akan dituang ke dalam bekas yang telah dimasukkan isi kelapa dan dibiarkan membeku sendiri sebelum dimasukan ke dalam bekas ais.

Wan Yahya memberitahu, antara cabaran membuat jeli tersebut adalah untuk mengekalkan rasa buah selain mengekalkan harganya yang murah.

''Bagi saya apa yang paling penting adalah perhubungan baik dengan pelanggan agar mereka berpuas hati dengan produk kita.

''Biarlah kita tawarkan harga murah asalkan kualitinya baik. Dengan cara itu, saya yakin pelanggan akan terus menyokong dan membeli produk ini.'' katanya.

Di samping itu, beliau juga berpegang kepada prinsip bersedekah kepada pelanggan agar perniagaannya terus diberkati.

Bagi memudahkan pelanggan, jeli kelapa yang telah siap akan dihantar terus ke rumah atau kedai mereka.

Dari segi pemasaran, beliau mengambil pendekatan menampal pelekat nama syarikatnya serta cara untuk dihubungi agar orang ramai mudah untuk membuat tempahan.

Bagi menambah kemahiran dalam perniagaannya, beliau ada menghadiri kursus latihan dan bimbingan anjuran persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).

''Kita perlu selalu belajar tentang sesuatu yang baru kerana jika kita rasa kita sudah pandai, sebenarnya ada orang lebih pandai daripada kita,'' katanya.

Selain itu, pada masa akan datang, beliau juga bercadang untuk membuat pinjaman perniagaan daripada Agrobank untuk memperluaskan perniagaannya.

Dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan tapak kedai yang lebih luas dan selesa serta membeli peralatan yang lebih moden untuk mempercepatkan proses penghasilan jeli kelapa.

Ketika ini, beliau sedang mencari wakil jualan di setiap kawasan sebagai usaha membantunya memperluaskan pasaran.

Justeru, mereka yang berminat untuk menjadi wakil jualan atau membuat tempahan, Wan Yahya boleh dihubungi melalui talian 019-2031749 atau 017-4388674.

kredit to utusan malaysia..

"pandangan penulis tentang jeli kelapa to'wan ni memang best..ibarat makan isi kelapa muda..di tambah pula makan masa tengahari(sebab jeli ni sejuk dan boleh menyejukkan badan)..fikir dan cuba.."

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 1, 2010

Renungkan lah umat manusia di akhir zaman..

Renung2kan...

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...