Saturday, November 27, 2010

T.A.Terfikir?? Hidup Ibarat Roda Yang berputar..


unicef

Tertarik dengan kampen Mr Nuffnang berkenaan dengan kes penderaan kanak-kanak..Terfikir pula ingin mengajak readers semua bersama-sama melihat isu penderaan kanak-kanak ini..sebelum readers sekalian berfikir jemput-jemputlah menonton video yang bertajuk orang gaji syaitan dibawah ini..Tajuk sudah boleh membuat kita berfikir bukan-bukan..Apapun andaian anda tonton dahulu..

Tidakkah anda terfikir? bagaimana perasaan yang dialami oleh budak tersebut..Budak yang hanya setahun jagung itu disepak,teranjang dan dipijak-pijak..Terfikirkah pula perasaan orang gaji syaitan itu..seronokkkah dia dengan menerajang, menolak dan memijak budak itu..berikut antara punca-punca kes penderaan berlaku:-
  1. Orang gaji tersebut mengalami tekanan perasaan yang tidak mampu ditanggung lagi..walaubagaimanapun fikirlah bukan begitu caranya nak menghilangkan tekanan itu..
  2. Orang gaji tersebut tidak berpuashati dengan majikan jadi orang gaji tersebut melepaskan ketidakpuashati tersebut kepada anak majikan..
  3. Dah memang orang gaji tersebut dari keturunan jahiliah yang suka mendera dan membuli..
  4. Orang gaji ini tidak takut akan balasan akhirat kelak..maklumlah didikan agama kurang..
Manakala gambar dibawah pula orang gaji yang didera oleh majikan..peristiwa ini berlaku di UAE..Dia didera oleh majikan wanita berumur 63 tahun..Kan hidup ini ibarat roda yang berputar??..Kesimpulannya hentilah penderaan keatas anak-anak yang tidak bersalah..fikirlah anak-anak merupakan amanah dari Tuhan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 24, 2010

T.A.Terfikir?? Dalang disebalik FACEBOOK



  • Terfikirkah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Manakan tidak kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
  • Terfikirkah anda bahawa asal keturunan pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
  • Terfikirkah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
  • Terfikirkah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008 iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
  • Terfikirkah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
  • Terfikirkah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Manakala bagi anda yang tidak mengetahui apa itu AEPi.. Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan sekaligus menyiapkan peserta pertubuhan untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan. Pemimpin yang pakar dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan terfikirkah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 22, 2010

T.A.Terfikir?? Bila blogger dijadikan rujukan..

Tidakkah Anda Terfikif?? Bila blogger dijadikan rujukan oleh media massa seterusnya akan menjadi rujukan pembaca atau pendengar..Tertarik ketika membaca artikel ahkbar metro terasa pula ingin dikongsi dengan pembaca yang bergelar blogger sekalian..artikel ini mambawa berita atau petanda yang baik untuk blogger semua..teruskan usaha anda..pendapat kita diterima masyarakat umum..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 20, 2010

T.A.Terfikir?? Perut punca segala penyakit

Pernahkah anda diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Tidakkah anda terfikir kenapa dengan perut anda itu?? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. Berikut punca kenapa boleh terjadinya penyakit disebabkan oleh perut;-


1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 14, 2010

T.A.Terfikir??10 Tabiat Merosakkan Otak..



1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=446826425562&id=1810291350

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir??Air Juga Mempunyai Perasaan..

Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.

jom kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Bentuk kristal air yang dibacakan doa penyembuhan maka terakam bentuk kristal seperti gambar dibawah:


Ketika dibacakan doa Ayat suci Al-Quran, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan..

Ketika diputarkan muzik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.
Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.

Selanjutnya dibisikkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagon yang indah (gambar kiri) dan ketika dibisikkan kata “syaitan”, kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar kanan).

Tidak terfikirkah anda bagaimana pula bentuk kristal air yang anda
minum hari-hari. Bagi yang didahulukan dengan bismillah tu
alhamdulillah bagaimana pula yang meminum air setelah memaki
hamun orang lain dihadapan air tersebut.
Bentuk kristal air dalam parit atau sungai di malaysia pula macam
mana yang kita sedia maklum dipenuhi sampah sarap dan benda-
benda yang tidak sepatutnya.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 1, 2010

T.A.Terfikir?? Hikmah Disebalik SUJUD ketika solat..

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Sebenarnya tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malah ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ketika solat ialah:
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak langsung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
- Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

Kesimpulannya kerjakan la solat 5 kali sehari semalam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...