Sunday, March 27, 2011

T.A.Terfikir?? Negara Pertama Ke Angkasa Lepas..

Salam..sepatutnya entry ini ditulis semasa angkasawan Malaysia pertama berlepas dahulu. Angkasawan negara pertama menaiki roket ke angkasa lepas dengan roket negara rusia. Kita dari sejak kecil lagi berpendapat bahawa negara yang pertama keluar dari bumi ialah Amerika. Sebenarnya kita dikaburi dengan orang pertama menjejak kaki ke bulan.

Negara pertama yang berjaya ke angkasa lepas ialah negara Russia. Banyak sebab kenapa negara komunis ini menjadi negara pertama ke angkasa. Salah satu sebab berkemungkinan naluri rakyat negara tersebut ingin  keluar negara terlalu tinggi. Ini kerana dasar kerajaan negara tersebut tidak membenarkan rakyat keluar dari negara.

insansız-roket

Ada satu lagi sebab mengapa Russia boleh menjadi negara pertama.Ini kerana  konsep matematiknya. Untuk mengetahui konsep matematik tersebut pembaca terpaksa tunggu dilain entry kerana penulis mempunyai kekangan masa buat masa sekarang. TO BE CONTINUED..

ZEUS_os_X__Earth__Space_by_ZEUSosX

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 25, 2011

T.A.Terfikir?? Negara yang ke-22 selamat di dunia..

 

Entry ini ditulis kerana terfikir apa yang ada di fikiran pembaca sekalian membaca atau mengetahui berkenaan dengan perkara ini.

skyline_of_kuala_lumpur_malaysia Selamatkah kita??

Negara jepun macammana?

Apa yang anda Terfikir sekarang??

Office-of-the-Prime-Minister-Putrajaya-Kuala-Lumpur-Malaysia

Fikirlah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Janganlah kamu berkata ketika khutbah dibacakan..

Bersempena hari ini  ialah hari jumaat, penghulu segala hari penulis terfikir akan perkara ini. perkara yang dimaksudkan adalah pesanan dari khatib sebelum khutbah dibacakan.pesanan yang berbunyi janganlah kamu berkata-kata ketika imam dibacakan walau dengan menyuruh rakan disebelah diam sekalipun maka luputlah pahala jumaat kamu.

Kemudian penulis bandingan dengan situasi ketika menghadiri kelas atau sesuatu majlis. pembaca pun mesti mengalami perkara yang sama. Situasi dimana situasi seperti ketika membeli ikan dipasar iaitu semua orang sedang berkata-kata.Setelah membuat perbandingan terbabit kita dapat lihat hikmah disebalik mengapa kita tidak boleh menyuruh rakan diam sekali pun kerana ini akan menyebabkan keadaan bertambah bising.

Apa yang dapat disimpulkan daripada hikmah ini ialah kita sebagai pendengar dimana-mana majlis tidak seharusnya berborak perkara yang tidak berkenaan sehingga menggangu majlis tersebut. Dan sebagai guru atau penceramah pembaca boleh menggunakan pendekatan ini dimana menyuruh pendengar meletakkan tangan dimulut sebagai contoh..hehe..fikirlah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 12, 2011

T.A.Terfikir?? Apa yang terkandung di dalam air paip

paip
Tidakkah anda terfikir?? dan tahukah anda, sebenarnya selain daripada air, air paip juga mengandungi berpuluh-puluh bendasing yang merbahaya yang kita dapat lihat dengan menggunakan mata kasar kita. Contohnya: bacteria, sista (parasit), virus, asbestos, kekeruhan, pepejal larut penuh (TDS), logam berat, logam radioaktif, dioksin, racun herba, racun serangga, klorin, trihalometana, pyrogen, bahan-bahan penyebab kanser dan lain-lain sebagainya.

Bendasing-bendasing yang hadir dalam air paip mungkin akan menyebabkan kita menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit ginjal, kegemukan, penyakit saluran darah kanser, tekanan darah tinggi, tumor, uremia, kencing manis, barah cika, sakit kepala, penyakit sistem penghadaman, melahirkan bayi yang kecacatan anggota, kalkulus dan sebagainya.

Sabagai contoh baru-baru ini penulis ada memelihra ikan yang diletakkan dengan air paip tanpa anti klorin, kesannya ikan penulis itu mati. bukan niat penulis hendak mengujikaji ikan itu tetapi kejadian itu berlaku secara tidak sengaja kerana anti klorin telah habis dan kedai ikan tutup. Hikmah daripada kejadian itu tefikir penulis adakah air paip yang kita guna sehari-hari selamat untuk tubuh badan kita.

Penulis ada mencari berkenaan kandungan air paip daripada google dan menjumpai 2 perenggan ayat diatas, tetapi ayat itu diambil dari orang yang menjual penapis air. Bila hendak mempromosi sesuatu barangan memang bunyi nya lain sikit. Fikiran pembaca sekalian macamana, selamatkah air yang kita guna sehari-hari. Rasa dan fikirlah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 7, 2011

T.A.Terfikir?? Kemana hilang Kampen Cintai Sungai kita??





Salam buat pembaca semua. Masihkah anda semua ingat suatu ketika dulu kita diajak untuk mencintai sungai kita. Semasa kampen itu seingat penulis, penulis baru hendak belajar membaca oleh kerana sebab itu juga kampen itu tersemat di dalam memori muda penulis ini.. Bagi yang tidak beberapa ingat kampen Cintailah sungai kita disini penulis mencari poster kampen. poster yang di maksudkan  seperti gambar di bawah. tetapi poster ini tidak beberapa tepat mungkin poster sebenar sudah ditelan zaman. Mungkin  hanya andaian dari penulis.cintai_sungai_kita

Persoalan yang perlu di fikir kan ialah berhasilkah kampen tersebut. Jika penulis ditanya soalan sedemikian,    bagi penulis kampen tersebut tidak berhasil kerana sungai-sungai kita sekarang tidak dicintai sebaiknya oleh penduduk setempat dan dengan tepat lagi oleh kita sendiri. Jika kita perhatikan sungai kita sekarang dipenuhi dengan sampah sarap, dipenuhi dengan bahan buangan yang bermacam jenis. mungkin gambar di bawah objektif kampen tetapi...


1535971037_fad3121524
Ini pula yang terjadi..bagaimana fikiran anda. diharapkan tanpa kempen sekalipun kita secara ikhlasnya perlu menjaga sungai dan seluruh alam ini. caranya cukup senang anda sebagai penduduk bertanggungjawab jangan membuang sampah di tempat yang salah. segalanya bermula daripada kita sendiri..ayuh fikir dan laksanakan. pesanan ikhlas dari penulis yang turut sama membetulkan diri ini.

ka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...