Penulis ingin mengajak pembaca berfikir berkenaan peristiwa 13 mei..Dalam sejarah Malaysia moden, peristiwa berdarah 13 mei 1969 telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di Negara ini yang mengalamaninya..bagaimana kita selaku anak moden yang dilahirkan selepas peristiwa ini..kita kerap kali mendengar peristiwa ini disebut-sebut..
Bagaimana berlakunya peristiwa 13 mei ini?? Pemimpin Negara pada masa itu iaitu Tuanku Abd Rahman menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap yang dikatakan mencetus peristiwa hitam tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu, berpendapat ia juga berpunca daripada hasutan komunis. Kata beliau lagi demokrasi telah mati di Negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang lalu mendorong kepada meletusnya keganasan ini. Manakala laporan Majlis Keselamatan Negara (9 oktober 1969) berpendapat peristiwa ini berlaku akibat peranan yang dimainkan oleh Parti komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap cina di samping beberapa faktor yang lain lagi. Walau apapun sebabnya, peristiwa 13mei ini merupa krisis perkauman terbesar Negara. Pertelingkahan ini juga mengkorbankan seramai 196 orang dan mencederakan 149 orang. Kita harus menjaga keamanan Negara kita daripada peristiwa hitam ini berulang lagi..