Monday, November 28, 2011

Apa itu aedes dan cara pencegahan

Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

aedes-mosquito

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

image002

 

Tabiat nyamuk aedes

  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kebijaksaan Orang Yahudi

Sudah lama ini berkongsi maklumat ini...Kesempatan dan fokus yang terlalu banyak sekarang membataskan perkongsian yang saya sendiri amalan sekarang...baca dan fahami la petikan dan karangan ini dengan hati yang terbuka..apa yang baik kita amalkan dan yang buruk kita jauhkan dari diri kita dan bangsa kita sendiri...sekadar berkongsi maklumat yang ada sahaja...
Kebijaksanaan Orang Yahudi

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Levi's

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan fokus yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg lemah dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

taknak

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi lemah? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

arena

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd Noor, Matriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ketagihan mencuri boleh diubati dengan memotong tangan


Sama-sama kita berfikir

Seorang saintis Perancis Dr. Jean Pierre Atoire seorang pakar psikologi dari Univerity of Marseilles telah mengkaji hampir lebih 20 tahun mengenai kejadian jenayah mencuri, merompak dan meragut. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 1000 pesalah jenayah merompak, mencuri dan meragut dan mendapati lebih 95% peratus penjenayah berkenaan akan kembali melakukan jenayah yang serupa sebaik sahaja mereka dibebaskan daripada penjara.

Dr. Atoire mendapati kebanyakan penjenayah ini melakukan jenayah-jenayah tersebut bukan kerana mereka sukakan aktiviti sedemikian, tetapi adalah kerana ketagihan melakukan aktiviti tersebut.

Mereka yang biasa melakukan rompakan, mencuri dan ragut ini, sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil "critiennef" yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut.Apabila ditanya kepada 1,000 pesalah tersebut apakah ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan ketagihan ini, hampir 85% peratus responden menjawab, mereka mahukan tangan mereka dipotong.

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata sebagai iktibar kepada kita umat Islam. Umat Islam sekarang ini hanya akan kembali kepada hukum Allah setelah mereka mendengar hasil kajian daripada pakar-pakar bukan Islam setelah dibuktikan secara saintifik.Mereka banyak berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadith hanya semata-mata mengatakan ia ketinggalan zaman, tidak sesuai pada zaman ini.

Tetapi apabila orang bukan Islam sendiri yang mengatakan hukum dan perundangan Islam adalah baik setelah dibuat kajian saintifik mereka lebih percaya kepada saintis-saintis tersebut lebih daripada kata-kata yang keluar daripada Rasul s.a.w.Akan tetapi di bawah ini adalah cerita kajian yang sebenar yang dijumpai oleh seorang saintis Russia, apabila beliau mengatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan rawatan ketagihan arak ialah dengan merotan.

Sila rujuk laman web ini http://in.news.yahoo.com/050329/139/2kgn1.html Mereka yang ketagihan arak di Russia bukannya lari dari hukuman rotan bahkan sanggup membayar sekitar RM416 agar mereka dirotan antara 30-60 kali untuk menghilangkan ketagihan arak.

Sedangkan dalam Islam hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang ditangkap meminum arak ialah rotan sebanyak 80 kali (harap betulkan jika fakta ini salah).Bersempena dengan bulan Maulidur Rasul ini, marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah hanya kerana taat dan kepercayaan kita kepada Allah, bukannya percaya kita kepada fakta-fakta saintifik semata-mata.


rujukan berita

London, Mar 30 (ANI): Russian scientists have claimed that beating on the naked buttocks with a cane can cure everything from drug abuse to alcohol addiction and from depression to suicidal tendencies.

The researchers at Novosibirsk said that caning releases endorphins, the body's natural 'happiness hormones', which lead to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones, an enhancement of the immune response and prevents drug and alcohol addiction.

"The treatment works. I'm not sadistic, at least not in the classical sense, but I do advocate caning," Fox News quoted lead researcher Dr Sergei Speransky as saying to Izvestia daily.The scientists recommend a standard treatment course of 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Another researcher, Dr Marina Chuhrova, said that she had 10 patients she caned regularly. "At first they didn't like it, but when they started to feel the benefits they kept asking for more."The Russian team will now start charging for the caning sessions getting 57 pounds per patient for a standard treatment.
http://www.facebook.com/notes/norarbizaitul-laila/ketagihan-mencuri-boleh-diubati-dengan-memotong-tangan/10150312714530080

kredit to;-
http://www.facebook.com/notes/layarminda/ketagihan-mencuri-boleh-diubati-dengan-memotong-tangan/156245444416595
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 11, 2011

T.A.Terfikir?? Apa itu BPA??





Bisphenol A
Apakah yang dimaksudkan dengan bisphenol?

Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang dihasilkan dalam kuantiti yang besar untuk digunakan terutamanya dalam pengeluaran polikarbonat plastik dan resin epoksi.


Di mana BPA didapati?

Plastik polikarbonat mempunyai banyak aplikasi termasuk digunakan dalam pembungkusan makanan pembotolan  air,  botol bayi, cakera padat, peralatan keselamatan tahan impak, dan alat-alat perubatan. Resin epoksi digunakan sebagai lacquers kepada produk logam kot seperti tin makanan, penutup botol, dan paip bekalan air. Beberapa pengedap pergigian dan rencam juga boleh menyumbang kepada pendedahan BPA.



Bagaimana BPA masuk ke dalam badan?

 Sumber utama pendedahan kepada BPA bagi kebanyakan orang adalah melalui diet. Walaupun udara, habuk, air dan lain-lain sumber kemungkinan pendedahan, BPA dalam akaun makanan dan minuman bagi majoriti pendedahan manusia harian.

Bisphenol A boleh Meluluhkan ke dalam makanan dari bahan-bahan salutan dalaman perlindungan resin epoksi makanan dalam tin dan daripada produk-produk pengguna seperti pinggan mangkuk polikarbonat, bekas makanan, botol air, dan botol bayi. Tahap yang BPA leaches dari botol polikarbonat ke dalam cecair boleh bergantung pada suhu cecair atau botol, daripada umur bekas. BPA juga boleh ditemui di payudara milk.Where BPA dijumpai?

Mengapa orang yang berkenaan mengenai BPA?

Salah satu sebab orang boleh mengambil berat tentang BPA adalah kerana pendedahan manusia kepada BPA meluas. Peperiksaan Penyiasatan 2003-2004 Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANES III) yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati tahap dikesan BPA dalam 93% daripada 2517 sampel air kencing daripada orang enam tahun dan lebih tua. CDC NHANES data dianggap wakil pendedahan di Amerika Syarikat. Satu lagi sebab untuk kebimbangan, terutama bagi ibu bapa, mungkin kerana beberapa kajian haiwan laporan kesan dalam janin dan bayi yang baru lahir terdedah kepada BPA.


Jika saya, apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan pendedahan kepada BPA?

Beberapa kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak mungkin yang paling terdedah kepada kesan BPA. Ibu bapa dan penjaga, boleh membuat pilihan peribadi untuk mengurangkan pendedahan bayi dan anak-anak mereka kepada BPA:
Jangan makanan gelombang mikro polikarbonat bekas plastik. Polikarbonat kuat dan tahan lama, tetapi dari semasa ke semasa, ia boleh memecahkan daripada penggunaan lebih pada suhu yang tinggi.
Bekas plastik mempunyai kod kitar semula di bahagian bawah. Sesetengah orang, tetapi tidak semua, plastik yang ditandakan dengan kitar semula kod 3 atau 7 boleh dibuat dengan BPA.
Kurangkan penggunaan makanan dalam tin.
Jika boleh, memilih untuk bekas kaca, porselin atau keluli tahan karat, terutamanya untuk makanan atau cecair panas. 

Gunakan botol susu bayi yang BPA free.

kredit
http://www.niehs.nih.gov/news/sya/sya-bpa/#a10613
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...