Friday, January 14, 2011

T.A.Terfikir?? Kebaikan dan keburukan teknologi..

 

images

Pernahkah anda menonton cerita kartun wall-e?..apa yang menarik berkenaan cerita kartun ini ialah cerita ini membawa mesej berkenaan kebaikan dan keburukan teknologi. mesej yang ingin disampaikan dengan membawa penonton melihat apa akan terjadi pada masa hadapan..setiap benda dalam hidup ini tidak ada yang sempurna mahupun diri kita sendiri, disebabkan itu juga kita dicipta berpasangan bagi memperlengkapkan diantara satu sama lain..

Berbalik kepada tajuk asal(setelah merapu satu perengan) apa kebaikan dan  keburukan teknologi?? Tidakkah anda terfikir??..bagi pendapat penulis teknologi itu ibarat kain yang putih kitalah yang mencoroknya..tetapi anda jangan tertinggal dengan teknologi kerana kebaikannya..namun begitu jangan pula anda terlalai denganya hingga menjadi keburukan pula..

Apa ye kebaikan teknologi..anda jangan lupa anda dapat membaca blog ini dan menulis blog anda disebabkan teknologi..kalau anda menulis yang baik itu salah satu kebaikan teknologi manakala penulisan blog anda untuk mengata orang itu merupakan keburukan..banyak lagi anda boleh fikir..teruskan berfikir..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 4, 2011

T.A.Terfikir?? Telefon awam makin berkurang..


Masihkah pembaca sekalin masih ingat apa objek diatas ini...hehe..sebenarnya agak keterlaluan jika soalan sedemikian yang ditanya. Soalan sepatutnya berbunyi tidakkah anda terfikir bila kali terakhir anda menggunakan telefon awam??

Kenapa jumlahnya makin berkurang sekarang yea? ayuh kita sama-sama fikir..penulis pun tengah mengkaji mengapa kejadian ini berlaku?? bahaya juga fenomena ini tahap bahaya ini juga meyebabkan  anak cucu kita  tidak tahu apa itu telefon awam atau mereka akan gelak jika suatu hari nanti kita menceritakan kewujudan TELEFON AWAM yang berbentuk segi empat di tepi-tepi jalan.Kalau dahulu hampir 10km diselangi oleh telefon awam. Pernah dahulu penulis berbaris panjang untk menggunakan telefon awam ini.

Menjawab persoalan kenapa telefon awam semakin berkurang, apa yang penulis nampak salah satu sebab kerana permintaan pengguna berkurang. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang menggunakan telefon bimbit sebagai media komunikasi disebabkan telefon bimbit sekarang tak lah semahal pada zaman dahulu. zaman 10tahun lepas.oleh yang dimikian telefon awam semakin berkurang mungkin juga penggunaan telefon bimbit lebih efiktif.

Pada waktu dahulu juga banyak kita dengari berkenaan isu vandalisme terhadap telefon awam dan seperti yang kita maklum proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi. dimana kos yang tinggi sehingga mengatasi kos perolehan.

Tetapi dengan menggunakan telefon bimbit kita menghadapi masalah berkenaan bateri pula. lebih-lebih lagi semasa merantau jauh. jika kehabisan kredit kita boleh menambah dikedai-kedai yang menjual tetapi jika kehabisan bateri kita memerlukan tempat mengecas jadi sebagai alternatifnya kkita memerlukan telefon awam. 

Berkenaan isu ini ada baik buruknya. sebagai penghuni alaf baru kita perlulah menyesuaikan diri walau apapun keadaannya nanti..jom fikir..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 2, 2011

T.A.Terfikir?? Kenapa perlu baca bibliografi tokoh-tokoh hebat?

images

Sebelum penulis mengajak pembaca berfikir, terlebih dahulu ingin penulis bertanya kepada pembaca dengan sedikit persoalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing..pertama berapa banyak yang pembaca tahu mengenai tokoh-tokoh hebat Negara seperti Tun Mahathir (pemimpin) dan Tan sri Lim Goh tong(perniagaan)..bagaimana pembaca ingin mengenali tokoh-tokoh ini??..secara tidak sengaja terjawab sudah mengapa pentingnya bibliografi..selain daripada tokoh dalam negara banyak lagi tokoh-tokoh hebat di luar negara dalam semua bidang yang boleh dibaca dan diambil iktibar..pengalaman hidup mereka juga boleh dijadikan azam atau motivasi kepada pembaca..

Namun sebagai penganut Agama Islam (dituju kepada muslim) kita hendaklah menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai rujukan dan idola kita..kita boleh juga membaca dan mengambil iktibar daripada hidup Nabi..bukan boleh tetapi kita mesti mengikut sunnah Rasullah.

Selain sebab diatas menjadi sebab kedua mengapa kita perlu baca bibliografi ialah kita dapat menyimpul dan menjimatkan masa untuk mengambil nilai murni setiap individu terbabit sebagai contoh kita ambil tokoh perniagaan terkenal iaitu Tan sri Lim Goh Tong.rujuk Disini..paling lama untuk mengahabiskan bacaan tersebut mungkin sebulan tetapi dengan sebulan itu kita telah menjimatkan masa selama 50 tahun!.

Sebab ketiga ialah kita dapat membuat diri kita hidup lebih panjang. Disini bukan bermaksud memanjangkan usia. Dengan membaca pengalaman hidup seseorang tokoh yang telah hidup selama 50 tahun, Secara kebetulan kita mengikuti kehidupan beliau selama 50 tahun dengan hanya membaca bibliografi tersebut. . Membaca dan fikirlah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Telefon boleh tukarkan jagung kepada popcorn..


Pembaca dah tengok video diatas? anda kena tonton dulu untuk mengetahui kebenaran entry yang nak ditulis ini dan setelah pembaca menonton video ini perkara yang tertanya-tanya atau perkara yang membuat anda terfikir-fikir pula;-

  • betul ke video ni?..kalau anda tidak percaya anda boleh cuba untuk membuktikan kesahihannya.
  • tidak bahaya ke telefon bimbit aku ni..kan naya telinga aku ni..jangan risau selagi anda tidak bergayut berhari-hari anda masih selamat dan anda perlu menjawab panggilan dengan klik disini
Penulis tidak behasrat nak tulis panjang-panjang. diharapkan info yang dikongsi bermanfaat untuk pembaca semua..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...