Saturday, February 19, 2011

T.A.Terfikir?? Keburukan Hybrid Car Bhg 2

Views
images (3)
Dua Institut telah menjalankan kajian tentang keburukan enjin yang menggunakan tenaga elektrik ini. Dua institut itu ialah Kesihatan Nasional Amarican dan American Cancer Society. Institut ini telah membuat kajian kesan medan magnet yang dihasilkan oleh motor elektrik terhadap kesihatan dari  jangka panjang. Kesan ini akan menyebabkan kanser. Namun kajian ini masih di tahap percubaan dan tiada kesahihan dibuat. Kesahihan ini masih di dalam kajian dan tidak terbukti tetapi tidak salah jika kita mengelak daripa mendekat kan diri dari motor elektrik yang bervoltan tinggi ini.

Bagi penulis setiap kereta hybrid mesti telah menjalani ujian keselamatan terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna. Lagipun kajian mengenai enjin elektrik yang akan menyebabkan kanser masih didalam kajian. Mungkin kesan ini sama sahaja dengan kesan kita menggunakan perkakas elektrik yang lain. Jadi sebagai pengguna kita hendaklah menggunakan perkakas ini dengan efiksyen guna dengan berhemah. Bagi menghalang Medan magnet ini terdapat satu cara iaitu dengan shielding. konsep ini sama dengan penggunaan lif. sila rujuk di sini. Medan magnet atau EMF ini tidak boleh menimbusi atau melalui objek besi yang tertutup dan di bumikan.

Satu lagi penulis pernah terbaca artikel di akhbar yang kereta hidbrid tidak menggunakan motor elektrik sepenuhnya. Ada kereta hidbrid berfungsi dengan mematikan enjin ketika brek ditekan. Apabila enjin mati jadi tiada bahan bakar dan seterusnya ini akan menjimatkan bahan bakar kereta anda. Fungsi ini penting bagi mereka yang sentiasa tersangkut dengan kesesakan lalu lintas.

Baca lebih lanjut: http://www.livestrong.com/article/120530-dangers-hybrid-cars/ # ixzz1E1oUzF7V
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...