Saturday, February 26, 2011

T.A.Terfikir?? Harga sebiji nasi..

tidakkahterfikir
Salam pembuka bicara daripada penulis untuk pembaca sekalian. Sebelum penulis mengajak pembaca membaca sambil berfikir. Pembaca semua pernah dengar pepatah Melayu yang berbunyi sebiji nasi persamaan dengan setitik peluh petani. sebelum kita pergi lebih dalam mengenai harga sebiji nasi penulis ingin berkongsi bagaimana nasi yang terhidang di meja makan kita semua terhasil. Nasi terhasil dari beras, beras terhasil dari padi, manakala padi datang dari sawah. Gambar di atas menunjuk kan padi dan beras. Ringkas dan padat salasilah nasi daripada penulis kerana semua orng tahu macamana nasi di hasilkan.

Sebenarnya bukan asal nasi yang ingin di coretkan di sini tetapi lebih kepada nilai nasi atau lebih tepat lagi  nilai sebiji nasi. Persoalan kenapa Islam menganjurkan supaya kita semua menjilat jari selepas makan. selain dari sebab pembaziran ada hikmah lain di sebaliknya nanti kita fikirkan bersama. Persoalannya adakah ini   kerana nasi yang tertinggal di jari kita akan menangis. Teringat dahulu masa kecil penulis selalu dipaksa supaya makan nasi sehingga habis supaya tiada nasi terbuang dan supaya nasi tidak menangis lagi. di sebalik misteri nasi menangis ini tersembunyi nilai pengajaran yang diasuh oleh ibubapa kita iaitu supaya kita tidak membazir.

tidakkah.jpgBagi mengira harga nasi terbuang ini kita anggap setiap penduduk Malaysia meninggalkan nasi sebanyak 3 biji seorang. kemudian kita darabkan dengan jumlah penduduk Malaysia terbaru iaitu sebanyak 28.2 juta orang. Jadi 28.2 juta darab 3, hasilnya sebanyak 84.6 juta biji beras untuk sekali makan tidak dikira dengan dua kali makan dalam sehari. kemudian kita anggar secara kasar 1 juta beras bersamaan dengan satu kilo beras dan 1 kilo beras boleh menampung makan sebanyak 3 orang. Bayangkan pula 84.6 kilo beras terbuang sehari. fikirlah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 19, 2011

T.A.Terfikir?? Kesan daripada kabel penghantaran elektrik.

images (5)
Medan Elektrik dan Medan Magnet (EMF) adalah medan tenaga yang mengelilingi alat-alat elektrik. Sebagai contoh saluran elektrik, kabel elektrik, dan peralatan yang mengeluarkan EMF. Beberapa pihak bimbang tentang kesan EMF ini dan ia dikatakan boleh menyebabkan kanser. Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati ada hubungan antara  EMF dan kesan buruknya. kajian juga menunjukkan EMF lebih  menyebabkan penyakit leukimia. Namun pendapat ini masih lemah. Dan beberapa kajian yang  lain pula tidak menemukan sebarang hubungan antara  EMF yang akan menyebabkan kanser.
images (4)
Diantara kajian yang dijalankan ialah Kajian paparan EMF dari kabel elektrik dan selimut elektrik dan kajian tersebut menunjukkan bukti sedikit hubugan EMF akan menyebabkan kanser terhadap orang dewasa. Selain itu  EMF juga dapat mengurangkan denyutan jantung dan mengganggu aktiviti otak ketika tidur. Hal ini mungkin atau mungkin tidak menjejaskan kesihatan pembaca.

Jika dilihat pada zaman sekarang kita sememang nya tidak dapat elak daripada menggunakan barang elektrik. bagaimana untuk kita mengelak daripada EMF ini? penulis masih berfikir. adakah pembaca terfikir?? Atau tidakkah anda terfikir??
bacaan lanjut:-
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/electromagneticfields.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

T.A.Terfikir?? Keburukan Hybrid Car Bhg 2

images (3)
Dua Institut telah menjalankan kajian tentang keburukan enjin yang menggunakan tenaga elektrik ini. Dua institut itu ialah Kesihatan Nasional Amarican dan American Cancer Society. Institut ini telah membuat kajian kesan medan magnet yang dihasilkan oleh motor elektrik terhadap kesihatan dari  jangka panjang. Kesan ini akan menyebabkan kanser. Namun kajian ini masih di tahap percubaan dan tiada kesahihan dibuat. Kesahihan ini masih di dalam kajian dan tidak terbukti tetapi tidak salah jika kita mengelak daripa mendekat kan diri dari motor elektrik yang bervoltan tinggi ini.

Bagi penulis setiap kereta hybrid mesti telah menjalani ujian keselamatan terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna. Lagipun kajian mengenai enjin elektrik yang akan menyebabkan kanser masih didalam kajian. Mungkin kesan ini sama sahaja dengan kesan kita menggunakan perkakas elektrik yang lain. Jadi sebagai pengguna kita hendaklah menggunakan perkakas ini dengan efiksyen guna dengan berhemah. Bagi menghalang Medan magnet ini terdapat satu cara iaitu dengan shielding. konsep ini sama dengan penggunaan lif. sila rujuk di sini. Medan magnet atau EMF ini tidak boleh menimbusi atau melalui objek besi yang tertutup dan di bumikan.

Satu lagi penulis pernah terbaca artikel di akhbar yang kereta hidbrid tidak menggunakan motor elektrik sepenuhnya. Ada kereta hidbrid berfungsi dengan mematikan enjin ketika brek ditekan. Apabila enjin mati jadi tiada bahan bakar dan seterusnya ini akan menjimatkan bahan bakar kereta anda. Fungsi ini penting bagi mereka yang sentiasa tersangkut dengan kesesakan lalu lintas.

Baca lebih lanjut: http://www.livestrong.com/article/120530-dangers-hybrid-cars/ # ixzz1E1oUzF7V
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 18, 2011

T.A.Terfikir?? Keburukan Hybrid Car Bhg 1



Pejalan kaki Buta
Operasi yang senyap dan tenang di jana oleh kuasa bateri pada kelajuan rendah merupakan hal baru yang menarik, tapi merupakan hal yang bahaya untuk pejalan kaki buta yang bergantung kepada bunyi enjin kereta untuk memberi amaran kepada mereka apa yang ada dihadapan mereka. Pengeluar kereta hidbrid berusaha untuk menyelesaikan masalah ini pada tahun 2008 dengan memperkenalkan Peningkatan Keselamatan undang-undang yang akan memerlukan kereta hybrid untuk memasang sistem bunyi yang ditetapkan untuk menunjukkan kereta Hibrid sedang beroperasi. Dengan menggunakan bunyi ini akan memberi isyarat  kepada     penjalan kaki buta. Cadangan untuk jenis bunyi yang dipancarkan dari kereta hybrid ialah bunyi seperti air terjun dan muzik. bunyi yang tidak menghasilkan pencemaran bunyi seperti enjin yang ada di jalan sekarang.

Walau bagaimanapun, setakat ini tidak ada lagi pejalan kaki buta terbunuh akibat kemalangan dengan kereta hybrid dalam tempoh lima tahun dari 2003 hingga 2008, Menurut kajian Jalan Raya Nasional Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas amarika. Enam pejalan kaki buta telah meninggal dunia pada tahun 5 tahun tersebut di sebabkan  kemalangan dengan kereta konvensional.






Voltan Yang Tinggi
Standard kereta menjana 12 volt tenaga elektrik daripada bateri melalui alternator. Tenaga elektrik membantu menggerakkan kereta dan daya peripheral.Dalam sebuah kereta hibrid, yang meningkatkan paras voltan ke tahap yang boleh menyebabkan kematian.Toyota Prius menjana 276 volt secara keseluruhan, yang sebahagian besar untuk memusingkan motor elektrik bagi menggerakkan kereta. Jurutera elektrik menyedari akan bahaya ini dan bersetuju, risiko untuk mengalami kemalangan akan tinggi jika tiada sebarang penyelesaian yang lebih baik dibuat.
Seperti entri sebelum ini yang membincangkan mengenai jumlah arus yang boleh menyebabkan nyawa kita melayan jadi dengan voltan sehingga 276 volt ni sudah dapat kita bayangkan kesannya. Untuk entri sebelum ini di sini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 16, 2011

T.A.Terfikir?? Keburukan Hybrid Car

image
Sesuatu teknologi baru memberi kita perasaan yang berharap, kehairanan , takut, kagum dan bermacam-macam perasaan lagi. Teknologi ini termasuklah teknologi terbaru dalam industri permotoran iaitu kereta Hybrid. Setiap pekara di dunia termasuklah diri kita sendiri mempunyai baik buruk masing-masing.

Termasuklah perkembangan teknologi, teknologi terbaru iaitu kereta hybrid ini juga boleh membawa kepada kesan baik dan buruk  tetapi pembaca tidak perlu bimbang kerana setiap teknologi baru telah diuji secara menyeluruh sebelum mereka memasarkan ke tangan pelanggan. Kereta Hybrid menjadi perkara sensasi yang dipimpin oleh Toyota Prius, tapi kita sebagai pengguna terfikir-fikir apakah ada bahaya yang tersembunyi dalam fenomena kereta hybrid ini.

Sebelum pembaca berfikir akan keburukannya, penulis terfikir bagaimana pengendalian kereta ini. Pengendalian dari sudut bagaimana enjin kereta ini berfungsi. perbezaan di antara kereta berenjin sepenuh minyak dengan kereta campuran (hybrid) ini. Secara amnya konsep kereta ini mengabungkan 2 konsep bekalan tenaga iaitu menggunakan enjin seperti biasa dan konsep kedua menggunakan motor elektrik yang mempunyai tenga lain selain tenaga daripada pembakaran minyak oleh enjin.

Sebelum penulis mengupas berkenaan bahaya teknologi ini penulis ingin meninggalkan persoalan ini kepada pembaca semua sejenak. Pemikiran dan permasalahan ini ditinggalkan kerana juga penulis mempunyai kekangan masa untuk menghuraikannya. berfikirlah dengan indah.=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 14, 2011

T.A.Terfikir?? Istilah Orang dulu-dulu “panjang umur”

 

images (1)

Sering kita dengar bila kita sedang sebut nama seseorang, selang beberapa ketika orang yang disebut muncul dan terus kita akan menyebut panjang umur awak. Penulis terfikir dan tertanya-tanya kebenaran di sebalik mitos atau konsep ini. Konsep ini dibawa dari satu generasi ke satu generasi. adakah mitos ini benar? Terbuktikah Mitos ini? atau hanya sebutan sahaja atau sekadar hiburan.

Sebagai penganut agama Islam memang lah benda ini mengarut. Disini penulis hanya terfikir mengapa perkara ini dikaitkan dengan umur oleh orang zaman dulu-dulu. Hanya TERFIKIR..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 13, 2011

T.A.Terfikir?? Suara dan gambar di televisyen dihantar decara berasingan.


Salah satu media interaksi dunia pada masa kini ialah televisyen. Banyak jenis dan banyak cara bagaimana siaran dihantar ke televesyen kita. Terfikir atau tidak sebenarnya siaran televiyen yang kita tonton setiap hari diterima secara berasingkan diantara suara dan gambar atau video nya. mengapa ia berlaku adalah disebabkan format yang berbeza diantara satu sama lain.

Walaubagaimanapun semasa menonton kita tidak dapat melihat perbezaan ini. Ini disebabkan penggunaan media penghantaran yang telah disesuiakan antara satu sama lain. Kadang-kadang terfikir pula kenapa siaran astro tidak dapat diterima ketika waktu hujan. seperti yang kita nampak antenna astro berbeza dengan antenna biasa. Ini bermakna media penghantaran juga berbeza dimana astro menggunakan satelit sebagai penghantar. oleh yang dimekian ketika waktu hujan siaran yang dihantar akan terembat sedikit dan tidak akn sampai kepada antenna penerima yang berada di bumbung rumah kita.

Pembaca sekalian sedia maklum setiap perkara ada baik buruk nya dan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Terima seadanya sesuatu perkara dengan sebaiknya. penutup yang entah apa-apa daripada penulis.Harap terfikir.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 3, 2011

T.A.Terfikir?? Mengapa telefon perlu dijauhkan daripada skrin komputer.

images (1)     Kali ini penulis ingin mengajak pembaca untuk berfikir kesan yang akan berlaku apabila telefon bimbit diletakkan berhampiran skrin komputer riba (laptop) atau desktop pembaca sekalian. Seperti yang kita sudah tahu, setiap litar yang dihidupkan atau di bekalkan dengan bekalan kuasa akan menghasilkan gelombang elektromagnetik termasuklah  skrin laptop. Dah memang dunia kot,  kuasa besar akan menguasai kuasa yang lebih kecil. kalau lihat contoh kat dunia kita sekarang pun dah banyak penindasan oleh pihak yang lebih kuat. Samalah dengan telefon dan skrin Sinaran daripada skrin komputer pembaca yang lebih besar saiznya akan merosakkan skrin telefon bimbit yang lebih kecil malahan bukan memberi kesan kepada skrin sahaja tetapi kepada komponen-komponen yang lain juga.
   Oleh yang sedemikian bagi menjaga telefon bimbit pembaca, jauhkan lah yea. Ni hanya pendapat penulis dan penulis sendiri amalkan benda ni. Saja ingin di kongsikan kepada pembaca blog ini.Tapi kalau dah memang rezeki panjang pembaca dengan telefon tu walau jatuh dan pecah tetap berfungsi semula untuk terus berbual.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 2, 2011

T.A.Terfikir?? (Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir

images (1)

by Abu Khuzaifah on Monday, January 31, 2011 at 8:07pm

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui: 

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 

Twitter:  DyyaDizarch 

Blog: Nadia-ism 

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...