Pernahkah pembaca terkena renjatan elektrik?? T.A.Terfikir?? Berapakah jumlah arus boleh meragut Nyawa anda.. Pernahkah anda terfikir berkenaannya. Berkenaan jumlah arus yang membolehkan nyawa anda melayang. Walaupun jawapan nya mungkin sedikit nilainya tetapi ia merupakan hakikat sebenarnya. Sebelum penulis menceritakan jumlahnya. Penulis ingin bercerita mengenai unit pengukuran bagi arus. Seperti yang pembaca telah tahu, arus disukat dengan menggunakan unit Ampere. Mengambil sempena nama datuk Andre-Marie Ampere(1775-1836) mungkin lebih tua dari datuk-datuk pembaca sekalian.
Jumlah arus yang akan membolehkan nyawa kita semua melayang ialah sebanyak 0.05 ampere sahaja. Pembaca sekalian boleh bayangkan jika tidak mengamalkan kaedah yang betul bila berhadapan dengan barangan elektrik. Nyawa mungkin jadi taruhan, walaubagaimanapun arus tidak terlalu kejam jika dibandingkan kegunaannya sehari-hari. Apa yang perlu dilakukan cuba memahami sifat semulajadi arus. sebagai contoh pastikan tangan anda kering untuk membuka suis lampu.
Terfikir Kenapa? Bagaimana? Sebab? Punca? Kesan?.. Tidakkah Anda Terfikir?? Fikirkanlah..
Sunday, January 23, 2011
T.A.Terfikir?? Berapakah jumlah arus boleh meragut Nyawa anda..
Views
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment