Friday, December 31, 2010

T.A.Terfikir?? Apa kegunaan laser sebenar..

425F9F82EE51E5EAAF95B5DB4AB6D1

Tahniah buat pasukan negara kerana berjaya membawa pulang piala suzuki setalah lama Negara berhajat untuk membawa pulang semenjak tahun 1996 yang ketika itu Malaysia melawan Thailand.

Disebalik kemenangan bersejarah ini terdapat beberapa isu hangat yang dibangkitkan seperti laser dan pemain import.Penulis ingin mengajak pembaca sekalian untuk berfikir pasal kegunaan laser yang sebenarnya. Apa itu laser?Laser-Hijau

Laser sebenarnya digunakan dalam hampir setiap industri utama, daripada ubat-ubatan dan komputer, untuk hiburan dan pembinaan. Bagi menentukan kekuatan laser biasanya dikira dalam unit watt. Beberapa laser boleh memotong logam, sementara yang lain hanya membaca potongan-potongan kecil maklumat tanpa merosakkan permukaan.Pada dasarnya, aplikasi laser boleh dibahagikan menjadi tanda, etching ,dan pemotongan, atau membaca dan imbasan.


Dalam industri perubatan pula, laser karbon dioksida digunakan dalam pelbagai jenis operasi kerana mereka lebih tepat dan sensitif berbanding pisau bedah. Laser juga digunakan untuk menghilangkan tatu tanpa perlu membuang lapisan kulit, serta tanpa rasa sakit ketika akar keluar dari gigi. Keputusan ini laser kurang invasif dalam penyembuhan lebih cepat daripada operasi seperti memadam tumor tertentu dan memperbaiki visi dengan mereformasi bola mata lensa. Kerosakan pada rangkaian sekitarnya, serta pendarahan, telah dikurangkan dengan menggabungkan laser.

Namun begitu laser juga boleh diguna untuk keburukan sebagaimana telah berlaku ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak baru-baru ini. diharapkan bagi individu terbabit agar berfikir dahulu sebelum menggunakan laser untuk perkara-perkara yang sedemikian..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 30, 2010

T.A.Terfikir?? Berapa kali dalam satu hari anda tekan mouse..

glaser_mouse_front1

Sebenarnya penulis ada terfikir berapa kali penulis klik mouse dalam satu hari lantas ingin mengajak pembaca berfikir sekali..sebagai contoh daripada pukul 8 mlm sedar-sedar dah pukul 2..dalam tempoh masa itu berapa kali agak-agak mouse ditekan..bagi pembaca yang tidak mahu berfikir bolehlah mengira berapa kali..penulis dah mencuba dan penat untuk mengira disebabkan terlampau banyak..apapun diharapkan apa yang pembaca tekan dan picit itu merupakan perkara – perkara yang baik-baik..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 10, 2010

T.A.Terfikir?? beli barang yang ada CE mark

Tidakkah anda terfikir?? pertama anda perlu terfikir apa maksud tanda CE ni?? kedua anda terpaksa terfikir penting ke tanda ni?? ketiga kenapa tanda ni ada kat hampir semua barangan elektronik anda?? Fikirkan lah??..hehe..bagi korang fikir dulu..
Sebenarnya CE mark ni petanda yang alat, litar atau sistem itu telah melalui proses-proses keselamatan..CE mark samalah fungsi macam sirim cuma sirim ujian bagi negara malaysia manakala CE merupakan ujian standard seluruh dunia..untuk pengetahuan frekuensi yang diguna di negara kita tidak sama seperti di luar negara oleh yang dimikian mestilah ujian keselamatan nya pun sedikit berbeza tetapi objektif yang sama..salah satu ujian tersebut ialah ujian elektromagnetik..kenapa la penulis suka sangat elektromagnetik..biarlah ia menjadi tanda tanya untuk reader fikir..hehe..
Alatan atau barangan yang hendak dibeli mestilah dipastikan mempunyai cop CE ni bagi meng-
elakkan sebarang kemungkinan yang tidak diigini..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 6, 2010

T.A.Terfikir?? Kenapa tv terganggu bila blender digunakan..

Pernahkah anda mengalami situasi begini..ketika menonton television sambil menggunakan blender tiba-tiba tv anda berkelip-kelip mengikut irama blender..terfikirkah anda kenapa pekara ini berlaku??..sebenarnya senario ini terjadi disebabkan oleh keserasian elektromagnetik (electromagnetik compalitibility)..tetapi anda sebagai pengguna tidak perlu risau dengan senario ini, kerana setiap barangan yang lulus ujian SIRIM telah melalui ujian keserasian elektromagnetik..selain blender dan tv ada beberapa alatan yang mengalami situasi begini..contohnya helicopter dan antenna pasangan kedua ialah telefon bimbit dan sistem hifi..disebabkan elektromagnetik yang terhasil ini ada kumpulan penyelidikan membuat teori bahawa otak manusia juga menerima impaknya..rujuk disini..T.A.Terfikir?? sebelah mana anda patut menjawab panggilan

http://en.wikipedia.org/wiki/Electromagnetic_compatibility
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 3, 2010

T.A.Terfikir?? Sebelah mana anda patut menjawab panggilan

Menurut kajian mat salleh anda hendaklah menggelakkan menjawab panggilan telefon bimbit dengan telinga kanan..ini disebabkan pada bahagian kanan otak kita terletaknya daya ingatan jangka panjang (long term memory). Disini ingin dingatkan telefon yang dimaksudkan adalah telefon bimbit..telefon rumah tidak terlibat kerana kaedah penghantaran menggunakan wayar..

Medan elektromagnet yang terhasil daripada telefon kita sebenarnya mempunyai kesan buruk kepada kita tetapi kesan buruk itu anda akan terima dalam masa jangka panjang..bukan sahaja telefon bimbit sebenarnya mempunyai medan magnetik ini tetapi setiap barang elektronik yang mengalirkan arus mempunyai kekuatan medan magnet masing-masing ..sebagai contoh bila telefon bimbit kita menerima panggilan dan secara langsung speaker atau pembesar suara berdekatan dengan kita akan berbunyi..lagi contoh disini..fikirlah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...