Saturday, March 12, 2011

T.A.Terfikir?? Apa yang terkandung di dalam air paip

Views
paip
Tidakkah anda terfikir?? dan tahukah anda, sebenarnya selain daripada air, air paip juga mengandungi berpuluh-puluh bendasing yang merbahaya yang kita dapat lihat dengan menggunakan mata kasar kita. Contohnya: bacteria, sista (parasit), virus, asbestos, kekeruhan, pepejal larut penuh (TDS), logam berat, logam radioaktif, dioksin, racun herba, racun serangga, klorin, trihalometana, pyrogen, bahan-bahan penyebab kanser dan lain-lain sebagainya.

Bendasing-bendasing yang hadir dalam air paip mungkin akan menyebabkan kita menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit ginjal, kegemukan, penyakit saluran darah kanser, tekanan darah tinggi, tumor, uremia, kencing manis, barah cika, sakit kepala, penyakit sistem penghadaman, melahirkan bayi yang kecacatan anggota, kalkulus dan sebagainya.

Sabagai contoh baru-baru ini penulis ada memelihra ikan yang diletakkan dengan air paip tanpa anti klorin, kesannya ikan penulis itu mati. bukan niat penulis hendak mengujikaji ikan itu tetapi kejadian itu berlaku secara tidak sengaja kerana anti klorin telah habis dan kedai ikan tutup. Hikmah daripada kejadian itu tefikir penulis adakah air paip yang kita guna sehari-hari selamat untuk tubuh badan kita.

Penulis ada mencari berkenaan kandungan air paip daripada google dan menjumpai 2 perenggan ayat diatas, tetapi ayat itu diambil dari orang yang menjual penapis air. Bila hendak mempromosi sesuatu barangan memang bunyi nya lain sikit. Fikiran pembaca sekalian macamana, selamatkah air yang kita guna sehari-hari. Rasa dan fikirlah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...