Monday, November 28, 2011

ketagihan mencuri boleh diubati dengan memotong tangan

Views


Sama-sama kita berfikir

Seorang saintis Perancis Dr. Jean Pierre Atoire seorang pakar psikologi dari Univerity of Marseilles telah mengkaji hampir lebih 20 tahun mengenai kejadian jenayah mencuri, merompak dan meragut. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 1000 pesalah jenayah merompak, mencuri dan meragut dan mendapati lebih 95% peratus penjenayah berkenaan akan kembali melakukan jenayah yang serupa sebaik sahaja mereka dibebaskan daripada penjara.

Dr. Atoire mendapati kebanyakan penjenayah ini melakukan jenayah-jenayah tersebut bukan kerana mereka sukakan aktiviti sedemikian, tetapi adalah kerana ketagihan melakukan aktiviti tersebut.

Mereka yang biasa melakukan rompakan, mencuri dan ragut ini, sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil "critiennef" yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut.Apabila ditanya kepada 1,000 pesalah tersebut apakah ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan ketagihan ini, hampir 85% peratus responden menjawab, mereka mahukan tangan mereka dipotong.

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata sebagai iktibar kepada kita umat Islam. Umat Islam sekarang ini hanya akan kembali kepada hukum Allah setelah mereka mendengar hasil kajian daripada pakar-pakar bukan Islam setelah dibuktikan secara saintifik.Mereka banyak berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadith hanya semata-mata mengatakan ia ketinggalan zaman, tidak sesuai pada zaman ini.

Tetapi apabila orang bukan Islam sendiri yang mengatakan hukum dan perundangan Islam adalah baik setelah dibuat kajian saintifik mereka lebih percaya kepada saintis-saintis tersebut lebih daripada kata-kata yang keluar daripada Rasul s.a.w.Akan tetapi di bawah ini adalah cerita kajian yang sebenar yang dijumpai oleh seorang saintis Russia, apabila beliau mengatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan rawatan ketagihan arak ialah dengan merotan.

Sila rujuk laman web ini http://in.news.yahoo.com/050329/139/2kgn1.html Mereka yang ketagihan arak di Russia bukannya lari dari hukuman rotan bahkan sanggup membayar sekitar RM416 agar mereka dirotan antara 30-60 kali untuk menghilangkan ketagihan arak.

Sedangkan dalam Islam hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang ditangkap meminum arak ialah rotan sebanyak 80 kali (harap betulkan jika fakta ini salah).Bersempena dengan bulan Maulidur Rasul ini, marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah hanya kerana taat dan kepercayaan kita kepada Allah, bukannya percaya kita kepada fakta-fakta saintifik semata-mata.


rujukan berita

London, Mar 30 (ANI): Russian scientists have claimed that beating on the naked buttocks with a cane can cure everything from drug abuse to alcohol addiction and from depression to suicidal tendencies.

The researchers at Novosibirsk said that caning releases endorphins, the body's natural 'happiness hormones', which lead to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones, an enhancement of the immune response and prevents drug and alcohol addiction.

"The treatment works. I'm not sadistic, at least not in the classical sense, but I do advocate caning," Fox News quoted lead researcher Dr Sergei Speransky as saying to Izvestia daily.The scientists recommend a standard treatment course of 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Another researcher, Dr Marina Chuhrova, said that she had 10 patients she caned regularly. "At first they didn't like it, but when they started to feel the benefits they kept asking for more."The Russian team will now start charging for the caning sessions getting 57 pounds per patient for a standard treatment.
http://www.facebook.com/notes/norarbizaitul-laila/ketagihan-mencuri-boleh-diubati-dengan-memotong-tangan/10150312714530080

kredit to;-
http://www.facebook.com/notes/layarminda/ketagihan-mencuri-boleh-diubati-dengan-memotong-tangan/156245444416595
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...