Sunday, November 14, 2010

T.A.Terfikir??Air Juga Mempunyai Perasaan..

Views

Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.

jom kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Bentuk kristal air yang dibacakan doa penyembuhan maka terakam bentuk kristal seperti gambar dibawah:


Ketika dibacakan doa Ayat suci Al-Quran, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan..

Ketika diputarkan muzik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.
Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.

Selanjutnya dibisikkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagon yang indah (gambar kiri) dan ketika dibisikkan kata “syaitan”, kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar kanan).

Tidak terfikirkah anda bagaimana pula bentuk kristal air yang anda
minum hari-hari. Bagi yang didahulukan dengan bismillah tu
alhamdulillah bagaimana pula yang meminum air setelah memaki
hamun orang lain dihadapan air tersebut.
Bentuk kristal air dalam parit atau sungai di malaysia pula macam
mana yang kita sedia maklum dipenuhi sampah sarap dan benda-
benda yang tidak sepatutnya.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

  1. sedih sangat2 bila tengok sungai or parit kat malaysia..dulu ada kampen cintailah sungai kita..sekarang dah tak de dah..

    ReplyDelete
  2. subhanallah...baru tw ane sob...
    tanda2 kebesaran Allah..seandainya air laut di jadi kan tinta dan pohon di bumi di jadikan pena..niscaya tidak akan sanggup menulisnya..
    tidakkah kita berfikir..?

    ReplyDelete
  3. kita harus berfikir dan mengkaji..jadikan Al-Quran sebagai rujukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...