Monday, November 1, 2010

T.A.Terfikir?? Hikmah Disebalik SUJUD ketika solat..

Views
Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Sebenarnya tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malah ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ketika solat ialah:
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak langsung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
- Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

Kesimpulannya kerjakan la solat 5 kali sehari semalam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...