Penulis mula terfikir untuk menulis entry ini bila sudah dua hari hujan mencurah-curah di kawasan penulis. Memang adat manusia orang bagi betis nak paha, bila hujan terkenang-kenang musim panas. Bila dah panas terfikir-fikir pula hendak hujan.
Mengikut sejarah, selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.
Selepas air mulai surut, banjir kedua berlaku ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.
Selain hujan ada juga beberapa negeri yang tidak hujan tetapi air semakin naik dan menyebabkan banjir. Ini mungkin terjadi disebabkan hujan lebab di kawasan lebih tinggi dan air hujan ini akan turun ke kawasan yang lebih rendah. Faktor lain adalah disebabkan proses pelepasan air di empangan terdekat, proses ini penting bagi mengelakkan empangan daripada pecah dan akan lebih memburukkan keadaan.
0 comments:
Post a Comment