Saturday, February 26, 2011

T.A.Terfikir?? Harga sebiji nasi..

Views
tidakkahterfikir
Salam pembuka bicara daripada penulis untuk pembaca sekalian. Sebelum penulis mengajak pembaca membaca sambil berfikir. Pembaca semua pernah dengar pepatah Melayu yang berbunyi sebiji nasi persamaan dengan setitik peluh petani. sebelum kita pergi lebih dalam mengenai harga sebiji nasi penulis ingin berkongsi bagaimana nasi yang terhidang di meja makan kita semua terhasil. Nasi terhasil dari beras, beras terhasil dari padi, manakala padi datang dari sawah. Gambar di atas menunjuk kan padi dan beras. Ringkas dan padat salasilah nasi daripada penulis kerana semua orng tahu macamana nasi di hasilkan.

Sebenarnya bukan asal nasi yang ingin di coretkan di sini tetapi lebih kepada nilai nasi atau lebih tepat lagi  nilai sebiji nasi. Persoalan kenapa Islam menganjurkan supaya kita semua menjilat jari selepas makan. selain dari sebab pembaziran ada hikmah lain di sebaliknya nanti kita fikirkan bersama. Persoalannya adakah ini   kerana nasi yang tertinggal di jari kita akan menangis. Teringat dahulu masa kecil penulis selalu dipaksa supaya makan nasi sehingga habis supaya tiada nasi terbuang dan supaya nasi tidak menangis lagi. di sebalik misteri nasi menangis ini tersembunyi nilai pengajaran yang diasuh oleh ibubapa kita iaitu supaya kita tidak membazir.

tidakkah.jpgBagi mengira harga nasi terbuang ini kita anggap setiap penduduk Malaysia meninggalkan nasi sebanyak 3 biji seorang. kemudian kita darabkan dengan jumlah penduduk Malaysia terbaru iaitu sebanyak 28.2 juta orang. Jadi 28.2 juta darab 3, hasilnya sebanyak 84.6 juta biji beras untuk sekali makan tidak dikira dengan dua kali makan dalam sehari. kemudian kita anggar secara kasar 1 juta beras bersamaan dengan satu kilo beras dan 1 kilo beras boleh menampung makan sebanyak 3 orang. Bayangkan pula 84.6 kilo beras terbuang sehari. fikirlah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. huhu! banyak nyer beras terbuang sehari? mm...thanks for the info!^^'

    ReplyDelete
  2. thanks for the reading bro..hanya terfikir..nilai sebenar lagi besar kot..kn??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...