Friday, February 18, 2011

T.A.Terfikir?? Keburukan Hybrid Car Bhg 1

Views


Pejalan kaki Buta
Operasi yang senyap dan tenang di jana oleh kuasa bateri pada kelajuan rendah merupakan hal baru yang menarik, tapi merupakan hal yang bahaya untuk pejalan kaki buta yang bergantung kepada bunyi enjin kereta untuk memberi amaran kepada mereka apa yang ada dihadapan mereka. Pengeluar kereta hidbrid berusaha untuk menyelesaikan masalah ini pada tahun 2008 dengan memperkenalkan Peningkatan Keselamatan undang-undang yang akan memerlukan kereta hybrid untuk memasang sistem bunyi yang ditetapkan untuk menunjukkan kereta Hibrid sedang beroperasi. Dengan menggunakan bunyi ini akan memberi isyarat  kepada     penjalan kaki buta. Cadangan untuk jenis bunyi yang dipancarkan dari kereta hybrid ialah bunyi seperti air terjun dan muzik. bunyi yang tidak menghasilkan pencemaran bunyi seperti enjin yang ada di jalan sekarang.

Walau bagaimanapun, setakat ini tidak ada lagi pejalan kaki buta terbunuh akibat kemalangan dengan kereta hybrid dalam tempoh lima tahun dari 2003 hingga 2008, Menurut kajian Jalan Raya Nasional Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas amarika. Enam pejalan kaki buta telah meninggal dunia pada tahun 5 tahun tersebut di sebabkan  kemalangan dengan kereta konvensional.






Voltan Yang Tinggi
Standard kereta menjana 12 volt tenaga elektrik daripada bateri melalui alternator. Tenaga elektrik membantu menggerakkan kereta dan daya peripheral.Dalam sebuah kereta hibrid, yang meningkatkan paras voltan ke tahap yang boleh menyebabkan kematian.Toyota Prius menjana 276 volt secara keseluruhan, yang sebahagian besar untuk memusingkan motor elektrik bagi menggerakkan kereta. Jurutera elektrik menyedari akan bahaya ini dan bersetuju, risiko untuk mengalami kemalangan akan tinggi jika tiada sebarang penyelesaian yang lebih baik dibuat.
Seperti entri sebelum ini yang membincangkan mengenai jumlah arus yang boleh menyebabkan nyawa kita melayan jadi dengan voltan sehingga 276 volt ni sudah dapat kita bayangkan kesannya. Untuk entri sebelum ini di sini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...