Saturday, January 15, 2011

T.A.Terfikir?? Bahaya Memandu ketika Hujan

Views

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan kepada sistem penyejukkan enjin, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas dan permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi. kajian menunjukkan peratus cengkaman tayar menurun sebanyak 40%.


perkara penting yang perlu dititik berat ketika hujan;-

1. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan


2. Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik


3.Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan
bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat
tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air


4. Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik


5. Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya.Amat penting kerana punca utama terjadinya kemalangan.


6. Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

7.Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar


8. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan
tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan
percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan


9. Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin
dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang
motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan


10. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana
sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang
basah.

11.kepada penunggang motosikal pastikan anda tidak menggunakan brek belakang kerana ini akan mengakibatkan motor anda meluncur.

kredit

http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

  1. entri yang bermanfaat untuk semua orang. memang merbahaya kalau tak berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan!

    ada pertandingan
    http://gedungrasa.blogspot.com/2011/01/pertandingan-apa-itu-kitar-semula.html
    jom tengok :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...